Monday, May 31, 2010

Majlis Peperiksaan Malaysia

Majlis Peperiksaan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakkan untuk mengisi kekosongan jawatan di MPM.

1. Pegawai Peperiksaan Gred DG41

Maklumat Lanjut

Borang Permohonan

Tarikh Tutup :14/6/2010

Thursday, May 27, 2010

Jawatan Kosong : Majlis Perbandaran Selayang

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon jawatan dalam iklan ini :-

1. PEGAWAI TADBIR

Taraf : Tetap/Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan sokongan
Gred Jawatan : N41
Jadual Gaji :
P1 T1 RM 1,690.28 - P1 T27 RM 4,640.28
P2 T1 RM 1,784.90 - P2 T27 RM 4,918.55
P3 T1 RM 1,883.73 - P3 T27 RM 5,220.62

SYARAT- SYARAT LANTIKAN :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
( c ) ( i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T3) atau
(iii) Ijazah Sarjana Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf sataraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T4) dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN :-
(e) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir Tanah, Penolong Pegawai Tanah, Penghulu dan Setiausaha Pejabat adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas ; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

CATATAN :- Keutamaan akan diberikan kepada calon lelaki yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran perkhidmatan awam.


2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

Taraf : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional (Sokongan)
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
Gred Jawatan : U29
Jadual Gaji :
P1 T1 RM 1,160.69 - P1 T27 RM 3,057.39
P2 T1 RM 1,231.78 - P2 T27 RM 3,279.74
P3 T1 RM 1,305.89 - P3 T27 RM 3,476.28

SYARAT- SYARAT LANTIKAN :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
( c ) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi - institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; dan
( Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : P1T6 )
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI)

Taraf : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan sokongan
Gred Jawatan : N17
Jadual Gaji :
P1 T1 RM 820.38 - P1 T24 RM 2151.35
P2 T1 RM 871.81 - P2 T24 RM 2272.50
P3 T1 RM 924.75 - P3 T24 RM 2397.95

SYARAT- SYARAT LANTIKAN :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(c) Warganegara Malaysia;
(d) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan (d)
kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/ atau mengambil trengkas ).

TERTAKLUK DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :-
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :-
i. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi yang terkini;
ii. Permohonan daripada kakitangan Majlis Perbandaran Selayang yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
iii. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan ( salinan sah juga boleh disahkan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang );
iv. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
v. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas (3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN :-
Borang (MPS 1 ) boleh dibeli di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Selayang dengan harga RM 1.00 atau boleh didapati melalui Laman Web MPS http://www.mps.gov.my./

Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-

Jabatan Khidmat Pengurusan
Tingkat 7, Menara Majlis Perbandaran Selayang,
Persiaran 3, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada : 04hb. Jun 2010 ( pukul 5.00 petang )
( Keutamaan diberi kepada anak Negeri Selangor )

SENARAI SEMAK PEMOHON:
1. Borang Permohonan Jawatan
2. Gambar
3. Surat Sokongan Permohonan melalui Ketua Jabatan (Bagi Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat)
4. Ijazah/Diploma/Sijil STPM/SPM/UPSR/PMR ( yang berkenaan )
5. Salinan Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran
6. Sijil Berhenti Sekolah Menengah/Rendah

*Salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan.

JAWATAN KOSONG : PERBADANAN BIOTEKNOLOGI DAN BIODIVERSITI NEGERI JOHOR

Permohonan adalah dipelawa daripada kalangan warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan berikut di Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor :-

1. PEGAWAI EKSEKUTIF II (PEMBANGUNAN KORPORAT)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN, PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN : SOKONGAN
PERKHIDMATAN
GRED : N 27
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 1,204.55 – P1T26 RM3,027.10
LAIN-LAIN IMBUHAN : Mengikut Gred N 27

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c. Memiliki STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
d. Memiliki Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau
e. Memiliki Diploma Komunikasi dan Media yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
f. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
g. Keutamaan adalah diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan termasuklah grafik, network, multimedia, laman web, penyelenggaraan sistem dan pengurusan dokumentasi.


2. PEGAWAI EKSEKUTIF II (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

KLASIFIKASI : SISTEM MAKLUMAT
KUMPULAN : SOKONGAN
PERKHIDMATAN
GRED : F 29
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 1,544.86 – P1T21 RM3,034.66
LAIN-LAIN IMBUHAN : Mengikut Gred F 29

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c. Memiliki Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau
d. Memiliki Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya; dan
e. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
f. Keutamaan adalah diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan termasuklah grafik, network, multimedia, laman web, penyelenggaraan sistem dan pengurusan dokumentasi.

TARAF JAWATAN : Taraf Jawatan adalah KONTRAK UNTUK PERKHIDMATAN

CARA MEMOHON :
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor, Block 2, UTM-MTDC Innovation Centre, Tecnovation Park, 81300 Skudai, Johor atau di alamat http://www.johordt.gov.my/ atau
http://www.jbiotech.gov.my./ Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan bersama wang pos sebanyak RM 1.00 atas nama Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Bil. 21.

ALAMAT PERMOHONAN

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN BIOTEKNOLOGI DAN BIODIVERSITI NEGERI JOHOR
BLOCK 2, UTM-MTDC INNOVATION CENTRE
TECHNOVATION PARK
81300 SKUDAI, JOHOR

NO. TEL : 07-5208810 atau 07-5207810
NO. Fax : 07-5207811
E-mail : admin@jbiotech.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan: 4 Jun 2010

Hanya calon-calon yang ditapis untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi adalah tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tertanggung atas calon-calon sendiri. Permohonan yang tidak menerima jawapan
selepas 2 minggu dari tarikh temuduga dianggap tidak berjaya.

Monday, May 24, 2010

Jawatan Kosong : Institut Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur

IPB merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) serta menawarkan kursus-kursus profesional LCCIIQ, CAT (ACCA) dan Program Usahasama dengan UiTM. Sekiranya anda adalah seorang individu yang proaktif dan berdedikasi maka anda adalah layak untuk memohon untuk menjawat jawatan yang ditawarkan

JAWATAN AKADEMIK

1. Pensyarah Bahasa Inggeris
2. Pensyarah Undang2

JAWATN BUKAN AKADEMIK

1. Eksekutif HEP ( Kebajikan dan Penempatan Pelajar)
2. Eksekutif di Jabatan Kewangan
3. Eksekutif Perhubungan Awam
4. Warden Asrama (Wanita)


Maklumat Lanjut

Permohonan
Kami menawarkan insentif perkhidmatan yang menarik termasuk peruntukan perubatan seisi keluarga (bagi yang telah berkahwin), perlindungan insuran, elaun intensif, bonus, kenaikan gaji tahunan dan sebagainya.
Sekiranya anda adalah seorang yang berdaya saing, mampu menyumbangkan idea-idea yang bernas, berfikiran positif serta suka pada cabaran, sila hantarkan permohonan anda dengan mengemukakan resume yang lengkap berserta salinan sijil transkrip akademik yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:-

UNIT SUMBER MANUSIA
INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL
Lot 1363 Jalan Perkasa
Off Jalan Kg Pandan
55100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-92814054 ext : 1000 @ 1001

Tarikh Tutup : 30 Jun 2010

Jawatan kosong : Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa seluruh warga Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

Jawatan

1. PEGAWAI KEWANGAN W41
2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
3. PUSTAKAWAN S41
4. PENOLONG PENDAFTAR N41
5. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
6. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
8. SETIAUSAHA PEJABAT N27
9. PENOLONG JURUTERA (PEMBUATAN) J29
10. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) J29
11. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
12. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
13. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17
14. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
15. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
16. JURUTEKNIK (AWAM) J17
17. JURUTEKNIK (BANGUNAN) J17
18. JURUTEKNIK (ELEKTRIK) J17
19. JURUTEKNIK (MEKANIKAL) J17
20. JURUTEKNIK (SENIBINA) J17
21. JURUTEKNIK (LANDSKAP) J17
22. JURUTEKNIK (UKURBAHAN) J17
23. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
24. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
25. PENGAWAL KESELAMATAN KP17

Maklumat Lanjut


Tarikh tutup : 20 JUN 2010

Sunday, May 23, 2010

Jawatan Kosong : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia yang ditubuhkan dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-

JAWATAN AKADEMIK:
1. Pensyarah Perubatan DU45 - VK5
2. Guru Bahasa DG41
3. Tutor DA41


JAWATAN BUKAN AKADEMIK:
1. Pegawai Perubatan UD43/UD44
2. Pegawai Tadbir N41
3. Pegawai Pergigian U41
4. Pegawai Psikologi S41
5. Akauntan W41
6. Pegawai Kewangan W41
7. Pegawai Penyelidik Q41-Q54
8. Pegawai Penyelidik Sosial N41
9. Pegawai Penerbitan N41
10. Jurutera J41
11. Juru Ukur Bahan J41
12. Pegawai Sains C41
13. Pegawai Belia dan Sukan S41
14. Pegawai Laut A41
15. Pengurus Asrama N41
16. Penolong Jurutera J29
17. Jururawat U29
18. Penolong Pegawai Perubatan U29
19. Juru X - Ray U29
20. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
21. Juruteknologi Pergigian U29
22. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
23. Penolong Pegawai Tadbir N27
24. Penolong Akauntan W27
25. Penolong Pegawai Belia & Sukan S27
26. Penolong Pengurus Asrama N27
27. Setiausaha Pejabat N17/N27
28. Penolong Pegawai Laut A29
29. Penolong Pegawai Perpustakaan S27
30. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27
31. Pembantu Laut A17
32. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
33. Pembantu Belia Dan Sukan S17
34. Juruteknik J17
35. Pengawal Keselamatan KP17
36. Penyelia Asrama N17
37. Juruteknik Komputer FT17
38. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
39. Penjaga Peralatan Jentera R17
40. Tukang R17
41. Tukang K3 R9
42. Pemandu Kenderaan R3
43. Operator Loji R3
44. Pekerja Awam Khas R3
45. Atendan Kesihatan U3
46. Pekerja Rendah Awam R1
47. Pembantu Am Pejabat N1
48. Pembantu Tadbir Kewangan W17
49. Pegawai Kebudayaan B17/18
50. Penjaga Jentera Elektrik R17

1. Maklumat terperinci mengenai semua jawatan di atas boleh diperolehi melalui laman web berikut :- http://www.upnm.edu.my/

2. TARAF JAWATAN
Semua jawatan akan dilantik secara TETAP. Walau bagaimanapun, UPNM boleh melantik mana-mana jawatan secara Kontrak/ Sementara/ Sambilan.

3. UMUR
Pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur
kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

4. CARA MEMOHON
i) Setiap permohonan perlu melalui sistem e-recruitment UPNM, sila daftar login anda di alamat : http://erecruitment.upnm.edu.my/ dan lengkapkan maklumat permohonan dan resume anda secara online.
ii) Sila cetak borang permohonan yang telah diisi melalui sistem e-recruitment UPNM dan hendaklah dialamatkan kepada:

JAWATAN AKADEMIK
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
JAWATAN BUKAN AKADEMIK
Unit Perjawatan dan Pengambilan
Jabatan Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sg. Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Emel: perjawatan@upnm.edu.my
No Tel : 03-90513400

iii) Dokumen termasuk sijil-sijil kelayakan akademik TIDAK perlu dihantar bersama borang permohonan. Dokumen asal dan salinan
yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan sewaktu proses temuduga.
iv) Sila nyatakan jawatan yang dipohon dan fakulti dipenjuru kiri muka hadapan sampul surat
v) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua
Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian
Prestasi Tahunan
vi) Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam
masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
5. Tarikh tutup permohonan ialah pada 7 JUN 2010

Jawatan Kosong : Syarikat Bekalan Air Selangor

As one of the major players in the water industry in Malaysia, we are gearing ahead to fulfill our vision to be the leading water provider of quality and clean water within the region. For those who wish to share our vision and determination and are willing to give their best, we offer a challenging working environment, competitive pay, stability, career growth, great benefits and rewarding experience.

1. Manager, Finance & Accounts

Requirements:
-Degree in Accountancy, ACCA, CIMA, MICPA or other recognized professional accounting qualification. A member of Malaysian Institute of Accountants
-5 to 8 years of relevant working experience in finance and accounts, taxation, budgetary control, internal control system and operating procedures, with minimum 5 years at managerial level. Candidate with audit experience is highly preferable
-Knowledge on statutory requirements and accounting standards
-Good working knowledge of Microsoft Office and spreadsheet application
-Has good leadership skill, good interpersonal, planning and analytical skills and ability to communicate and work with people at all level
-Hardworking, posses positive attitude and committed to work


2.Senior Manager, Finance & Accounts

Requirements:
-Degree in Accountancy, ACCA, CIMA, MICPA or other recognized professional accounting qualification. A member of Malaysian Institute of Accountants
-10 to 15 years of relevant working experience in audit, finance and accounts, taxation, budgetary control, internal control system and operating procedures, with minimum 5 years at managerial level
-Knowledge on statutory requirements and accounting standards
-Good working knowledge of Microsoft Office and spreadsheet application
-Ability to manage a large Finance & Accounts team
-Has good leadership skill, good interpersonal, planning and analytical skills and ability to communicate and work with people at all level
-Hardworking, possess positive attitude and committed to work


Interested applicants are invited to write in your detailed resume stating personal particulars, qualification, employment history, remuneration expected, contact number and a passport-sized photograph (n.r.) to:

Executive Director, Human Resource &
Administration Division,
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn.Bhd.
2nd Floor, Head Office,
Jalan Pantai Baharu, 59990
Kuala Lumpur

Closing Date: 1 Julai 2010