Thursday, May 27, 2010

Jawatan Kosong : Majlis Perbandaran Selayang

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon jawatan dalam iklan ini :-

1. PEGAWAI TADBIR

Taraf : Tetap/Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan sokongan
Gred Jawatan : N41
Jadual Gaji :
P1 T1 RM 1,690.28 - P1 T27 RM 4,640.28
P2 T1 RM 1,784.90 - P2 T27 RM 4,918.55
P3 T1 RM 1,883.73 - P3 T27 RM 5,220.62

SYARAT- SYARAT LANTIKAN :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
( c ) ( i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T3) atau
(iii) Ijazah Sarjana Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf sataraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T4) dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN :-
(e) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir Tanah, Penolong Pegawai Tanah, Penghulu dan Setiausaha Pejabat adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas ; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

CATATAN :- Keutamaan akan diberikan kepada calon lelaki yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran perkhidmatan awam.


2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

Taraf : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional (Sokongan)
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
Gred Jawatan : U29
Jadual Gaji :
P1 T1 RM 1,160.69 - P1 T27 RM 3,057.39
P2 T1 RM 1,231.78 - P2 T27 RM 3,279.74
P3 T1 RM 1,305.89 - P3 T27 RM 3,476.28

SYARAT- SYARAT LANTIKAN :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
( c ) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi - institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; dan
( Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : P1T6 )
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI)

Taraf : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan sokongan
Gred Jawatan : N17
Jadual Gaji :
P1 T1 RM 820.38 - P1 T24 RM 2151.35
P2 T1 RM 871.81 - P2 T24 RM 2272.50
P3 T1 RM 924.75 - P3 T24 RM 2397.95

SYARAT- SYARAT LANTIKAN :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(c) Warganegara Malaysia;
(d) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan (d)
kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/ atau mengambil trengkas ).

TERTAKLUK DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :-
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :-
i. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi yang terkini;
ii. Permohonan daripada kakitangan Majlis Perbandaran Selayang yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
iii. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan ( salinan sah juga boleh disahkan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang );
iv. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
v. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas (3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN :-
Borang (MPS 1 ) boleh dibeli di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Selayang dengan harga RM 1.00 atau boleh didapati melalui Laman Web MPS http://www.mps.gov.my./

Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-

Jabatan Khidmat Pengurusan
Tingkat 7, Menara Majlis Perbandaran Selayang,
Persiaran 3, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada : 04hb. Jun 2010 ( pukul 5.00 petang )
( Keutamaan diberi kepada anak Negeri Selangor )

SENARAI SEMAK PEMOHON:
1. Borang Permohonan Jawatan
2. Gambar
3. Surat Sokongan Permohonan melalui Ketua Jabatan (Bagi Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat)
4. Ijazah/Diploma/Sijil STPM/SPM/UPSR/PMR ( yang berkenaan )
5. Salinan Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran
6. Sijil Berhenti Sekolah Menengah/Rendah

*Salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan.

No comments:

Post a Comment