Thursday, April 29, 2010

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)

Job Description :
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang telah ditubuhkan bertujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar denga objektif Perumahan Negara dan Model Ekonomi Baru (MEB). Sebagai salah sebuah penyedia perumahan mampu milik berkualiti yang utama di Malaysia dengan pelbagai projek yang diamanahkan oleh Kerajaan, SPNB mempunyai sumber rangkaian yang komprehensif. Sertai kami dalam mencapai aspirasi SPNB sebagai:

1. KETUA JURUAUDIT DALAM


KELAYAKAN:
- Ijazah/Ijazah Kepujian dalam bidang Akuan/Kewangan/Perniagaan
- Kelayakan profesional dalam bidang Audit Dalaman seperti CGAP, CIA, CCSA atau setaraf dengannya serta berdaftar dengan Institut of Internal Auditors Malaysia (IIA Malaysia)
- Minimum 5 tahun pengalaman dalam bdiang pengauditan
- Boleh bertugas di bawah pengawasan minimum serta mempunyai kemahiran analitikal yang baik

CARA MEMOHON:
- Pemohon yang berminat hendaklah menghantar butir-butir peribadi yang lengkap termasuk kelayakan akademik/profesional, pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon beserta lampiran salinan sijil-sijil, salinan keputusan peperiksaan akhir dan juga sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) sebelum 21 Mei 2010 kepada:

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD
Tingkat 10, Bangunan MAS,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

Attn: Seksyen Sumber Manusia (Unit Perjawatan),
Tel: 03-20523838, Email: info@spnb.com.my

Tarikh Tutup Permohonan : 21 Mei 2010

No comments:

Post a Comment