Sunday, May 2, 2010

JAWATAN KOSONG DI :DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG ( 2 Kekosongan): Full Time
Job Description :
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29 (TETAP/KONTRAK)

Syarat Lantikan:
(a) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh
kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa
Melantik Berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29,
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan : -
(a) mempunyai kelayakan di perenggan I(a) di atas.


2. JURUTEKNIK (ELEKTRIK) GRED J17 (KONTRAK)

Syarat Lantikan:
(a) sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN):
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

CARA MEMOHON
(i) Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://www.dbkl.gov.my/ dan Portal Intranet Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur dengan melayari http://Intranet.dbkl.gov.my.
(ii) Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara dan Ijazah/Diploma dari Institut Pengajian Tinggi Swasta hendaklah
menyemak kelulusan di laman web http://www.jpa.gov.my/pengiktirafan kelayakan.
(iii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan Sijil Kelahiran, Ijazah dan Transkrip Akademik, Diploma dan Transkrip Akademik, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP:
Permohonan hendaklah sampai kepada:-

PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK,
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR

CATATAN:
(i) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(ii) Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
(iii) Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
(iv) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap
permohonan tuan/puan tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan: 10 Mei 2010

No comments:

Post a Comment