Sunday, May 2, 2010

JAWATAN KOSONG DI : UITM

PELBAGAI JAWATAN KOSONG ( 5 Kekosongan): Full Time
Job Description :
Universiti Teknologi MARA Kelantan dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di UiTM Kelantan Kampus Machang dan Kampus Kota Bharu bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1.JURUTEKNIK (MEKANIKAL/ AWAM / ELEKTRIK) J17

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9);dan
(d) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T2); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T5); atau
(iv) sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik -politeknik tempatan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T9); dan
(d) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer)


4.PEMANDU R3

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3 :
a. Lesen D P1T3
b. Lesen E/E1/E2 P1T4
c. Lesen F/H P1T5
d. Lesen G/I P1T6 dan
(d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
(Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki lesen PSV dan GDL).


5.PEKERJA AWAM R1

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini
(Gaji permulaan ialah Gred R1: P1T3). dan
(d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik


PERHATIAN KEPADA PEMOHON
a. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.
b. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar bersama salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN.
c. Hanya pemohon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA SAHAJA perlu membawa dokumen-dokumen asal untuk diserahkan kepada setiausaha temudaga.
d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
e. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.


Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM di http://kelantan.uitm.edu.my./

Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR
(UNIT PENGURUSAN PERJAWATAN-PENTADBIRAN)
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KELANTAN
BUKIT ILMU
18500 MACHANG
KELANTAN DARUL NAIM
NO. TEL : (09) 9762015/2011/2012/2013/2014/2068

Tarikh tutup permohonan: 9 Mei 2010

No comments:

Post a Comment