Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan di dalam Skim Perkhidmatan Akauntan Gred W52 dan Gred W48 yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kenaikan pangkat berikut:-
1.Akauntan Gred W54 (Tetap dan Berpencen)
2.Akauntan Gred W52 (Tetap dan Berpencen)
1.Jawatan: Akauntan Gred W54
Jadual Gaji:
P1T1 : RM 4526.27 – P1T8 : RM 5894.78
P2T1 : RM 4926.78 – P2T8 : RM 6434.44
Kenaikan Pangkat : Akauntan Gred W52 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke Ke Gred W54 jawatan Akauntan Gred W54 yang kosong apabila telah:-
(a)Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b)Lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;
(c)Diperaku oleh Ketua Perkhidmatan; dan
(d)Lulus Tapisan Keutuhan.
Syarat-Syarat Pertimbangan :
i.telah berkhidmat di jawatan hakiki Akauntan Gred W52 sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
ii. pernah berkhidmat di badan berkanun adalah suatu kelebihan
2.Jawatan: Akauntan Gred W52
Jadual Gaji:
P1T1 : RM 3814.79 – P1T8 : RM 5059.88
P2T1 : RM 4192.31 – P2T8 : RM 5539.04
Kenaikan Pangkat Ke Gred W52 : Akauntan Gred W48 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred W52 yang kosong apabila telah:-
(a)Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b)Lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;
(c)Diperaku oleh Ketua Perkhidmatan; dan
(d)Lulus Tapisan Keutuhan.
Kriteria-Kriteria Pertimbangan :
i. telah berkhidmat di jawatan hakiki Akauntan Gred W48 sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
ii. pernah berkhidmat di badan berkanun adalah suatu kelebihan
CARA MEMOHON :
(a)Permohonan hendaklah dibuat dalam borang FAMA 1-08p atau secara online melalui laman web FAMA
BORANG PERMOHONAN
(b)Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing yang disertakan dengan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk 3 tahun terakhir dan sijil lulus PTK.
(c)Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.
ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP :
Permohonan hendaklah sampai kepada :
KETUA PENGARAH,
LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA),
BANGUNAN FAMA POINT,
LOT 17304, JALAN PERSIARAN SATU,
BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(u.p : Cawangan Perjawatan)
Sebelum atau pada : 14 Mei 2010
CATATAN AM :
1.Calon-calon diingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.
2.Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3.Sila sediakan sampul surat bersaiz 15cm x 7cm beralamat sendiri berserta setem 30 sen.
Monday, May 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment